KUALA LUMPUR, 8 MEI: Berkuatkuasa Isnin ini, semua aktiviti rentas negeri dan daerah di seluruh negara tidak dibenarkan tanpa kebenaran PDRM, demikian diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Polis Kuala Lumpur dan Selangor memperketat kawalan sekatan jalan raya (SJR) di setiap plaza tol berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Sebanyak 583 permohonan rentas negeri melalui pengangkutan udara di balai polis Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, di sini ditolak bagi tempoh 30 April hingga kelmarin.
SHAH ALAM, 4 MEI: Pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan hingga 17 Mei atau tarikh lain yang diputuskan kelak, kata menteri kesihatan.
IPOH, 30 APRIL: Orang ramai yang ingin mencuba nasib merentas negeri tanpa kebenaran terutama ke arah negeri-negeri di Pantai Timur diingatkan agar melupakan hasrat mereka itu kerana polis Perak akan mengetatkan kawalan di laluan berkenaan menjelang sambutan Aidilfitri.
KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Kerajaan kekal tidak akan membenarkan pergerakan rentas negeri berikutan ia adalah salah satu penyebab peningkatan kes positif harian Covid-19 di negara ini.
IPOH, 21 APRIL: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap sedia untuk menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah seperti tahun lepas sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti bagi memastikan tiada aktiviti rentas negeri tanpa kebenaran.
KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Pergerakan rentas negeri bagi tujuan pekerjaan, perubatan dan pendidikan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.
KUALA TERENGGANU, 16 APRIL: Kluster Taman Rakyat yang menjadi kluster baharu Covid-19 di Terengganu berpunca dari aktiviti rentas negeri seorang individu dari Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya yang tidak mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).
JOHOR BAHRU, 10 APRIL: Kerajaan akan meminta Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pengumuman lebih awal mengenai keputusan sama ada membenarkan rentas negeri sempena sambutan Aidilfitri.
MELAKA, 5 APRIL: Tindakan saman akan dikenakan terhadap individu yang dikesan cuba merentas negeri untuk balik ke kampung bagi menyambut hari pertama Ramadan, kata Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim.
KUANTAN, 3 APRIL: Kira-kira 20,000 warga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
SHAH ALAM, 30 MAC: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dilanjutkan hingga 14 April berkuat kuasa esok.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Malaysia merekodkan 3,170 kes Covid-19 rentas negeri setakat hari ini sejak 1 Januari lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA NERUS, 20 MAC: Aktiviti rentas negeri masih tidak dapat dibenarkan meskipun antara kawasan hijau, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR, 16 MAC: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketatkan sekatan jalan raya (SJR) pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk mengelakkan pergerakan rentas negeri dalam kalangan orang ramai sebagai usaha memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.
MELAKA, 10 MAC: Kebenaran aktiviti pelancongan rentas antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula hari ini menerusi program Gelembung Pelancongan Bersasar, dijangka mampu memulihkan kembali sektor berkenaan secara berperingkat.
SHAH ALAM, 16 FEB: Kerajaan membenarkan pergerakan melebihi radius 10 kilometer (km) dari lokasi namun rentas daerah atau negeri masih tidak dibenarkan.
SHAH ALAM, 2 FEB: Perjalanan rentas negeri di seluruh negara masih tidak dibenarkan sehingga 18 Februari susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
KUALA LUMPUR, 17 JAN: Biarpun rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, masih ada dalam kalangan rakyat negara ini yang berdegil apabila jumlah mereka ditahan kerana kesalahan itu meningkat kepada 66 individu semalam daripada 32 orang dua hari lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.